UTM Hasil Prototaip Pantau Fenomena Strok Haba
JOHOR BAHRU: Berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan prototaip bagi mengesan gelombang haba sebagai persediaan awal memantau fenomena strok haba.
Prototaip itu dihasilkan sekumpulan penyelidik diketuai Pengarah Pelestarian Kampus UTM, Prof Madya Dr Mohd Fadhil Md Din, selain disertai Dr Shazwin Mat Taib dan Dr Lee Yee Yong dengan kerjasama Institut Teknologi Nagoya (NIT) di Jepun.
Prototaip itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan sejak iannya dibangunkan pada tahun 2010.
Prototaip tersebut bertindak sebagai satu alternatif yang boleh meramalkan kesan persekitaraan haba dan juga mengenal pasti tahap ketidakselesaan manusia.
Lebih menarik prototaip ini mampu mengukur (gelombang haba) dalam tempoh 12 jam lebih awal sebelum berlakunya strok haba.