Pesara Tentera Ditahan Ketika Cuba Seludup Diesel
BUKIT KAYU HITAM: Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) menahan seorang pesara tentara selepas mendapati dia memindahkan 32,000 liter diesel ke sebuah kawasan perindustrian. Dia juga mengemukakan dokumenyang meragukan.
Komander AKSEM Kedah, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pesara berusia 44 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah lori tangka di Ladang Rakyat pada jam 4.30 petang, Khamis lalu.
Dia mengaku tersesat ke kawasan Ladang Rakyat dan stok diesel terbabit sepatutnya dihantar untuk dipindahkan ke kawasan perindustrian di sini.
Berdasarkan dokumen dibawa, stok diesel terbabit didapati dibeli di sebuah depoh di Pulau Pinang dan sepatutnya dibawa ke Klang, Selangor, namun destinasinya ketika ditahan mencurigakan.
Berikutan itu, muatan diesel yang bernilai RM43,200 dirampas dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Lelaki berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah untuk tindakan lanjut.