Aq43jYXIHhD1IuWl_w8gLZcNEOMspvDS7hWrjh3nASpl-660x400

Seekor harimau belang mati selepas dilanggar sebuah kenderaan MPV jenis Hyundai Starex.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi di Kilometer 321.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT 2) semasa MPV tersebut dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Ketenteraman Awan dan Trafik Negeri Terengganu, Superintenden Kamaluddin Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Bangkai harimau tersebut diserahkan ke Jabatan Perhilitan Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes langgar harimau adalah kali pertama direkodkan di LPT 2. Harimau tersebut dipercayai berjaya menyelinap masuk melalui pagar LPT2 yang telah roboh atau melalui laluan longkang.

ApJKGPXCx8d7QIYfihmEZCB68f2MTJfOJ4hdQOhjlI78-1024x576
AnYQWLtdR731o5RpzmjQfiyEVuRKllUX6MDXCWqT8wAX
AjIHXearp1Dr8BEllvFI7LRURiQi0h09m9z0auvDEBUv-1024x576
20160206000351
20160206000351 (2)
20160206000351 (1)