Pelancaran Laman Tasek Pandan dan Pertandingan Memancing Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor @LatiffBandi

Kewujudan taman-taman awam sebagai pusat rekreasi di kawasan bandar raya ini adalah suatu yang perlu dikekalkan, diselenggara dan ditambah baik supaya mendatangkan manfaat kepada warga bandaraya.

Turut melancarkan Rakan Taman untuk yang berfungsi sebagai komuniti yang bertanggungjawab memantau kebersihan dan kelestarian Laman Tasek Pandan. Penglibatan komuniti dalam menjaga kemudahan awam merupakan pendekatan yang sangat baik dan harus diperkasakan.

Sumbangan secara sukarela, dalam apa jua bentuk sama ada tenaga, buah fikiran mahupun kewangan amat dialu-alukan dan harus disemaisuburkan supaya permuafakatan dan kerjasama antara PBT dan masyarakat dapat diperkukuh.