Kembara Jelajah Gabungan Penyokong adalah satu jelajah dijalankan meliputi 10 daerah di Johor bagi meraikan kejuaraan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim menjulang 3 piala bagi musim 2015. Ianya berlangsung selama dua hari bermula 6hb Febuari hingga 7hb Febuari 2016.

YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan untuk menyempurnakan Majlis Perlepasan Peserta yang telah berlangsung pada jam 8.30 pagi di hadapan pintu masuk Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin. Program kembara ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC)

Sumber Gambar: Facebook JOHOR Southern Tigers