Jorge Pereyra Diaz Pemain Terbaik Bulanan PFAM-ASIANA

Tahniah diucapkan kepada penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz yang telah dinobatkan selaku pemain terbaik untuk edisi bulan Mac 2016 oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (Asiana.my). Penganjuran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional yang bermain dalam Liga Malaysia. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers